SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA SAMA, D/A: PPD KAPIT, TINGKAT 1 & 2, WISMA PERSEKUTUAN, 96800 KAPIT, SARAWAK MALAYSIA. (Email: sknangasama@yahoo.com)

Menjana Minda Kritis, Kreatif

PENDIDIKAN Abad ke-21 memerlukan corak pengajaran yang mampu menjana pemikiran murid yang kritis, kreatif dan inovatif demi melahirkan modal insan yang berkualiti serta berkemahiran tinggi.
Menurut Pensyarah Cemerlang Gred Khas C, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh, Dr. Ismail Zain, corak pengajaran itu boleh direalisasikan melalui inovasi pengintegrasaian media dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
“Dalam peringkat transformasi media dalam pengajaran masa kini guru-guru bukan hanya perlu mahir pengaplikasian perkakasan dan perisian semata-mata tetapi harus mengatur langkah mengintegrasikannya dalam P&P dengan secara lebih komprehensif,” jelasnya.
Beliau berkata demikian pada Bengkel Integrasi Media Dalam P&P yang disertai 20 pensyarah di IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Sementara itu, Ketua Unit Latihan Dalam Perkhidmatan IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Dr. Mohd Ghazali Taib memberitahu, pelbagai siri kursus dan seminar dilaksanakan untuk para pensyarah selaras dengan moto unitnya iaitu Perkongsian Pintar ke arah Menjiwai Kecemerlangan Profesion Keguruan.
"Bengkel ini memberi peluang kepada pensyarah dan guru-guru berkongsi ilmu dalam usaha menggalakkan penggunaan media pengajaran untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokan serta mampu mencungkil kreativiti murid," tambah beliau.
Manakala pensyarah daripada Jabatan Bahasa Inggeris, Dr. Suraya Sulyman pula berpendapat, bengkel seumpama ini amat penting untuk diaplikasi oleh guru-guru yang mengajar di sekolah.
“Bengkel ini memantapkan lagi usaha pelbagai pihak untuk menggalakkan penggunaan media dalam proses P&P,” ujarnya.
Seorang lagi peserta bengkel, Suguna Sanikaran berkata, pengisian bengkel ini amat relevan dengan kehendak pendidikan masa kini terutamanya dalam perkembangan dan ledakan teknologi maklumat.
Dalam pada itu, kepada IPG yang berminat untuk mendapat khidmat konsultansi bengkel ini, sila hubungi IPG Kampus Ipoh, di talian 05-5331311.

Dipetik dari: www.adap.com.my
Share

Blogger templates made by AllBlogTools.com

Back to TOP