SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA SAMA, D/A: PPD KAPIT, TINGKAT 1 & 2, WISMA PERSEKUTUAN, 96800 KAPIT, SARAWAK MALAYSIA. (Email: sknangasama@yahoo.com)

Aktiviti Sepanjang Tahun Sekolah

Pemilihan Murid Dalam Sukan ZON Peringkat Sekolah (Saringan)


Lompat Jauh
 
Lontar Peluru




Majlis Perpisahan Tahun 6 Sesi 2009


Syabas dan tahniah kepada murid-murid tahun 6 sesi 2009 kerana telah berjaya menamatkan persekolahan di sekolah rendah selama 12 tahun. Bagi menghargai para pelajar ini dan sumbangannya, pihak sekolah telah mengadakan majlis perpisahan bagi murid-murid tahun 6 setelah keputusan UPSR 2009 diumumkan. Semoga perjuangan mereka bukan setakat disini sahaja, bahkan terus berjuang  ke alam sekolah menengah hatta ke universiti sekalipun. 




Aktiviti Sepanjang Tahun Kem Motivasi Bagi Sekolah-Sekolah 
Zon Upper Pelagus

Kem Motivasi Zon Upper Pelagus 2009 merupakan kem tahunan bagi lima buah sekolah di zon ini. Pada tahun 2007 kem ini telah diadakan di Sk. Nanga Metah dan pada tahun 2008 di Sk. Nanga Peraran. Tujuannya adalah untuk mempertingkatkan keyakinan, kekuatan fizikal,emosi, mental dan jasmani para peserta sebelum menghadapi situasi UPSR yang sebenar. Pada tahun ini Sk. Nanga Sama Telah diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah dalam menganjurkan aktiviti ini pada 16 hingga 19 Julai 2009. Antara sekolah-sekolah yang terlibat: Sk. Nanga Peraran , Sk. Nanga Sama, Sk. Nanga Merit, Sk. Nanga Ibun, dan Sk. Nanga Metah. Pun begitu, Sk. Nanga Merit tidak menghantar peserta, atas sebab keselamatan murid-murid, memandangkan pada hari penganjuran merupakan musim kemarau.






Share

2 comments:

Anonymous September 1, 2009 at 10:16 PM  

AKTIVITI YANG SANGAT MENARIK. TIDAK HAIRANLAH RAMAI GENERASI BARU YANG SIHAT DAN BERDAYA SAING DILAHIRKAN.
SEMOGA PARA GURU TERUSKAN USAHA MURNI MASING-MASING UNTUK MENDIDIK ANAK BANGSA.

Herwandy B Nordin September 22, 2009 at 7:13 PM  

Terima kasih...

Blogger templates made by AllBlogTools.com

Back to TOP