SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA SAMA, D/A: PPD KAPIT, TINGKAT 1 & 2, WISMA PERSEKUTUAN, 96800 KAPIT, SARAWAK MALAYSIA. (Email: sknangasama@yahoo.com)

PRIVACY & POLICY


Laman Blog SK Nanga Sama, Kapit  diadakan dengan tujuan untuk memberitahu kepada dunia luar akan kewujudan sekolah ini di Bahagian Pedalaman Kapit Sarawak. Selain itu, kandungan Laman blog ini juga turut mendedahkan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah sebagai rujukan pada masa akan datang.

Sekiranya anda menggunakan Laman Blog  SK. Nanga Sama, Kapit, anda adalah terikat kepada syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh SK. Nanga Sama, Kapit . Pihak kami berhak mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang menggunakan Laman Blog SK. Nanga Sama, Kapit ini dengan tujuan untuk mendapatkan publisiti, keuntungan, menyalin semula maklumat, dokumen atau kandungan, gambar, rakaman, menggunakan bahasa-bahasa kesat dalam ruangan interaksi  / post mahupun apa-apa sahaja maklumat daripada Laman Blog SK. Nanga Sama, Kapit serta apa-apa perkara yang telah diperuntukan dalam undang-undang Multimedia Malaysia.

Segala bahan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) yang dimuat naik di Laman Blog ini adalah hasil daripada perkongsian daripada guru-guru SK. Nanga Sama, Kapit dan sumbangan daripada rakan-rakan guru seluruh Malaysia. Anda dibenarkan memuat turun Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dalam bentuk fail digital dengan syarat tidak menjadikannya dalam bentuk Buku Digital (eBook) dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan (Sila Lihat Para 2)

SK. Nanga Sama, Kapit juga tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan, kerugian, kerosakan atau pendedahan maklumat peribadi daripada mana-mana pihak atau orang perseorangan, individu atau kumpulan tertentu yang menggunakan Laman Blog ini yang berniat jahat dengan  tujuan untuk manjatuhkan nama baik SK. Nanga Sama, Kapit

Menggunakan segala maklumat daripada Laman Blog SK. Nanga Sama, Kapit ini adalah "SALAH" (Sila Lihat Para 2) tampa kebenaran bertulis melalui Guru Besar SK. Nanga Sama,Kapit, d/a: Pejabat Pelajaran Daerah Kapit, 96800 Kapit Sarawak. 

Sekiranya anda menggunakan Laman Blog SK. Nanga Sama, Kapit ini, Anda Telah Bersetuju Dengan Terma & Syarat yang telah ditetapkan oleh pihak kami. Diharap, segala maklumat dan peraturan yang diterangkan adalah jelas dan pihak kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Read more...

Blogger templates made by AllBlogTools.com

Back to TOP