SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA SAMA, D/A: PPD KAPIT, TINGKAT 1 & 2, WISMA PERSEKUTUAN, 96800 KAPIT, SARAWAK MALAYSIA. (Email: sknangasama@yahoo.com)

SEJARAH SEKOLAH


Sekolah ini merupakan sebuah sekolah yang terletak di kawasan pedalaman. Jauhnya dari pekan Kapit ialah kira-kira 70 km. untuk tiba di sekolah ini, hanya satu cara pengangkutan sahaja yang digunakan iaitu pengangkutan air, samada menggunakan bot ekspres, perahu besar atau tongkang barang.


Bot Ekspress

Sebelum tiba di sekolah, kita terpaksa mengharungi atau meredah Jeram Pelagus yang sangat digeruni oleh penduduk tempatan. Sekolah ini mempunyai keluasan kira-kira 5 hektar dan selebihnya adalah kawasan berbukit yang banyak mencacatkan pemandangan sekolah.

Mengimbau kembali sejarah penubuhan sekolah ini, ianya sisirikan secara rasminya pada tahun 1966 dan dinamakan sebagai “Nanga Sama Primary School” bagi mengenang jasa pengasanya Tuai Rumah Tage dan anak-anak buahnya yang telah banyak menyumbang bakti demi pendidkan anak bangsa.

Di awal penubuhan sekolah ini yang dibina di tepi Sungai Batang Rajang tidak mempunyai kemudahan prasarana. Kawasan persekitaran masih ditumbuhu hutan tebal, manakala bagi semua bangunan yang didirikan pada masaitu masih menggunakan atap rumbia dan bertiangkan kayu bulat. Pada masa itu juga, jumlah murid boleh dibilang dengan jari. Mereka terpaksa tinggal di pondok kecil yang dikongsikan bersama atas kerja keras para penduduk / ibubapa. Mereka juga terpaksa membawa dan memasak makanan sendiri kerana tiada tukang masak.

Guru Besar yang pertama pada masa itu ialah Encik Dickson Besseh yang terpaksa mengharungi pelbagai masalah. Manakala YDP PIBG yang pertama ialah Tuai Rumah Tage. Kini setelah lebih 4 dekad berlalu, sekolah ini telah bertukar wajah dengan arus pembangunan semasa.

Dari segi enrolmen murid-murid, sekolah ini agak merosot sejak akhir-akhir ini kerana trend baru masyarakat yang suka berpindah atau menetap di Bandar seperti Sibu, Miri, Bintulu atau Kapit. Hanya 6 buah rumah panjang yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini, iaitu Rh. Asan, Rh. Along, Rh. Lasang, Rh. Jelani (Tage), Rh. Sabang dan Rh. Ngelai.

Akhir sekali, kerjasama dan sokongan padu dari semua pihak baik dari dalam atau luar amatlah dialu-alukan untuk menjadikan sekolah ini sebuah institusi yang cemerlang, gemilang dan terbilang dari semua aspek.

Read more...

Blogger templates made by AllBlogTools.com

Back to TOP